Thursday, 28 November 2013

Perlembagaan Persekutuan (Penggal 1-Pengajian Am STPM)

Pengenalan Perlembagaan Malaysia
-Mengandungi 183 perkara
-Dokumen bertulis berasaskan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
 Kemerdekaan 1957

Sejarah Perkembangan Perlembagaan Malaysia

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, menjelang kemerdekaan dan selepas kemerdekaan

Sebelum Kemerdekaan
-Orang Melayu melaksanakan adat Melayu tradisional dan diikuti undang-undang adat yang dipengaruhi oleh   undang-undang Hindu dan Islam
-Kedatangan Portugis yang datang ke Melaka menjelang tahun 1511 menyebabkan perubahan terhadap
 undang-undang Malaysia
-Begitu juga terjadi selepas Inggeris datang, undang-undang Inggeris diperkenalkan.

Menjelang Kemerdekaan
- Pilihanraya Majlis Tempatan 1951 diadakan sebagai latihan bagi demokrasi berparlimen.
- Pilihanraya umum pertama pada tahun 1955-rundingan kemerdekaan di London (18 Januari - 6 Februari
  1956)
-Penubuhan Suruhanjaya Reid (1956) - tugas merangka draf perlembagaan Tanah Melayu

Selepas Merdeka
-Berlaku beberapa pindaan dilakukan rentetan kemasukan sabah dan sarawak serta Singapura

Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia 
1. Kebebasan Asasi

  • Perkara 5 - Kebebasan Diri
  • Perkara 6 - Keabadian dan kerja paksa dilarang
  • Perkara 7 - Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan                          perbicaraan berulang
  • Perkara 8 - Sama rata
  • Perkara 9 - Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
  • Perkara 10 - Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan
  • Perkara 11 - Kebebasan beragama
  • Perkara 12 - Hak berkenaan pelajaran
  • Perkara 13 - Hak terhadap harta
2. Kewarganegaraan
  • Kuat kuasa undang-undang apabila dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16 Sept 1963) dan dilahirkan selepas Hari Malaysia
  • Pendaftaran  untuk isteri / suami / anak warganegara, isteri yang masih bersuami dengan warganegara bermula Oktober 1962, bermastautin selama dua tahun, niat tinggal di persekutuan dan berkelakuan baik serta anak kurang 18 tahun didaftar oleh ibu bapa
  • Naturalisasi  melalui permohonan  individu perlu bermastautin 10 tahun daripada 12 tahun tarikh permohonan, berniat  terus tinggal di persekutuan, berkelakuan baik dan pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai
  • Cantuman Wilayah adalah melibatkan mana-mana negara yang bercantum dengan Malaysia boleh menjadi warganegara

3. Penamatan Warganegara

  • Sukarela - 21 tahun ke atas, menjadi warganegara lain, siuman masa buat penolakan warganegara, perakuan penolakan didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan
  • Perlucutan oleh Kerajaan - menjalankan perniagaan bersama negara musuh dan bermastautin di negara lain melebihi 5 tahun tanpa mendaftarkan diri di pejabat konsul dengan niat mahu kekalkan kewarganegaraan
4. Sistem Pemerintahan
  • Raja Berpelambagaan
  • Demokrasi berparlimen
  • Negara Persekutuan
5. Rujukan Tambahan